KUALA LUMPUR | MALAYSIA — Sedikit sejarah perjalanan hidup imran Ibrahim..Dulu ada cita2 untuk menjadi seorang artis agak tinggi.Umur ketika 13 tahun selalu mengikuti seorang rakan yg kebetulan beliau ada membuat perkhidmatan PA system org kahwin.Semasa umur 13 tahun beliau mula sedar yg dirinya boleh menyanyi.Bila beliau menyanyi org ramai akan mengatakan suaranya seperti artis Tomok.Beliau mula memberanikan diri untuk menyertai pertandingan karaoke anjuran tempat tinggalnya KRT sentul pasar Kuala Lumpur pada tahun 1995..Syukur Alhamdulilah beliau menjadi juara,ketika itu juri pertandingan adalah Amir U’Kays..Beliau masih terus memasang PA system selama 8 tahun ketika itu bersama HZM sinar muzik.

Dalam usia 27 tahun beliau cuba menyertai pertandingan radio klfm RTM KL KL kenangan lalu Kuala Lumpur pada tahun 2009.Syukur nama beliau dipilih oleh 3 org juri yg hebat diMalaysia dan beliau dijemput seorg artis chef selebriti 1 Malaysia untuk mengembangkan lagi bakat beliau kepesta nasi lemak 1 Malaysia tahun 2010.Beliau dijemput sekali lagi membuat persembahan dinegara Myanmar oleh cheff tersebut pada tahun 2011 selama seminggu..Pernah juga kecewa apabila usaha beliau untuk menjadi artis terbatas dengan kesibukan kerjanya.

Pada tahun 2017 beliau ada melihat di online FB yg AA MUSIC production mencari bakat2 baru di dalam seni suara.Beliau mencuba menghantar suara dan berjaya dipilih oleh AA MUSIC production menjadi artis disyarikat itu oleh komposer anwar alberto.Bermulalah single pertama beliau yg berjudul Bukan ku tak sayang komposer anwar alberto diterbitkan dan publishing oleh kelarai sakti sdn bhd pada tahun 2017..Walau pun lagu itu sudah 4 tahun yg lalu,tapi masih lagi diputarkan oleh dj2 radio RTM Malaysia dan radio2 online.

Setelah 4 tahun tidak mempuyai single terbaru ,Alhamdulilah akhirnya komposer anwar alberto memberi peluang sekali lagi untuk merakamkan single kedua yg berjudul Cinta tak kesampaian yg dirakamkan di one buskers studio milik wan screen dan akan diterbitkan tidak berapa lama lagi dan masih lagi publishing oleh kelarai sakti sdn bhd..Beliau juga pernah berlakon dalam filem man sewel datang kl pada tahun 2013.

Nama penuh: Imran Bin Ibrahim
Nama samaran: Imran Ibrahim
Berasal: Kuala Lumpur
Umur: 39 tahun
Lahir: Hospital besar Kuala Lumpur
Status: Berkahwin
Cahaya mata: 2 orang anak
Pendidikan: Sekolah menengah maxwell Kuala Lumpur

 

LAPORAN : WYNDOEE | PADANG SUMBAR

EDITOR    :BMW

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *